Bila Lawa Ramai Nk Couple, Bila Gemuk Sorang Pun X Pandang. Jadi Aku Nekad Aku Nak….

| January 16, 2017 | 0 Comments

Bila Lawa Ramai Nk Couple, Bila Gemuk Sorang Pun X Pandang. Jadi Aku Nekad Aku Nak…. | Nama aku Mia. Satu ketika dulu, aku pernah lawa sekejap. Masa ni, memang ramai orang nak kawan dengan aku. Aku sekolah lagi masa tu, tapi sebab aku tinggi kot, ( masa sekolah ja la sekarang dah average ), so tak nampak macam budak sekolah. Senior aku pernah tumbuk classmate aku sebab kantoi ambil gambar aku diam-diam. Masa ni aku tak kawan dengan sapa-sapa pun. Kecik lagi oi, tengok-tengok orang simpan gambar dalam purse. Gila tak takut. Aku pun satu, Kalah jugak bila kena kacau lama-lama. Last-last sangkut dengan senior aku.

Lama jugak kami kawan, sampai habis sekolah, sampai dia masuk u. Aku ingat dia jodoh aku la, aku memang tak pandang lansung orang lain. Aku setia ja, husnozon sedia. Dia pulak jenis okay ja, tak suka date selalu. Bagus la, Aku pun Kalau boleh taknak tengok muka dia selalu. Aku tak suka keluar buang duit Kalau takdak sebab, Kalau makan takpa.

Ha makan, ni masalahnya. Aku kuat makan tapi badan aku tak naik. Bukan biasa-biasa selera aku, kadang2 sehari 5-6 Kali aku makan. Aku bukan jenis kecik tapi tak besar jugak. Biasa ja, yang boleh maintain sebab aku suka bersukan kot.

Saat aku rasa hidup aku bahagia, ex boyfriend aku kantoi dating dengan perempuan lain. Untuk stay cool, aku blah macam tu ja, dia nampak aku tapi dia tak cuba nak explain apa-apa. Dia lansung tak contact aku dah. It is over or not? Aku tak tau. Aku call dia macam orang gila, dia tak angkat lansung. Dia cuma mesej aku cakap, dia tak boleh terima aku, dia tak faham aku. Nak jumpa susah, nak pegang tangan tak boleh itu tak boleh ini tak boleh. Banyak sangat pantang larang. Ha bagus la, Kalau sebab2 macam tu Kau suka aku, baik tak payah. Asalnya suka pun sebab rupa aku kan. Kurang ajar jugak jenis ni, tak boleh terima cakap la, ni sampai dah kantoi baru nak mengaku, tak mengaku salah pulak tu.

Selera aku makin bertambah. Kalau dulu 3-4 Kali tu normal, lepas putus aku makan 6-7 Kali sehari. Aku makan lewat malam, tak workout lansung, tak exercise lansung. Ni bahaya Kalau tinggal exercise, bila sekali tinggal susah nak start balik. Lepas setahun, hampir 15kg berat aku naik. Kalau jenis susah naik pun tapi selera macam anak gajah macam aku ni, dia naik jugak la. Masa ni, mana ada orang pandang aku dah. Usha pun taknak. Siap perli aku lagi Kalau nampak aku makan banyak. Sedih weh, lagi sedih Kalau kawan sendiri yang cakap. Tapi aku tak sedar diri lagi, still makan banyak. Lagi perut aku tak berlipat, selagi takdak selulit celah Kaki, aku tak heran apa orang kata. Aku mula berpijak dibumi yang nyata bila aku timbang berat aku sendiri. Sebelum ni aku sedar badan aku naik tapi aku tak pernah timbang. Aku berani kan diri nak timbang sebab bila berdiri lama Kaki aku rasa sakit. Sekali timbang macam nak nangis, banyaknya naik.

Terus aku start balik exercise. Aku tak suka jogging so aku buat squat, skipping dan aerobic. Kadang2 join Zumba dengan Pilates. Kalau dulu aku workout setengah jam, sekarang sejam. Kalau dulu aku skipping 1000x, sekarang aku double lagi. Kalau dulu aku makan snack sambil layan movie, sekarang aku skipping sambil layan movie. Sebab nasi aku memang tak boleh tinggal, aku makan jugak cuba kurangkan. Jadi 2 Kali makan ja sehari. Sakit jugak la nak tahan makan, nak turun balik ambik masa jugak lebih kurang setahun. Aku berjaya turunkan 20kg. Cheat day banyak sangat, lama sikit la.

Bila dah kurus, mulalah ada yang nak berkawan. Bila berjalan ada yang nak pandang. Aku jadi benci orang macam ni. Padahal dia tak salah pun, tapi sebab aku dah pernah rasa macam mana bezanya orang layan aku time aku kurus dengan aku gemuk, aku jadi susah nak percaya orang. Sampai sekarang, aku still ada perasaan ni. Setiap Kali ada orang nak dekat dengan aku, aku memang completely berubah. Aku sengaja pakai selekeh, sengaja buat tak malu, sengaja buat hati batu. Kemuncaknya bila ex aku merayu nak baik balik. Kononnya rindu dengan pantang larang aku. Bagus jugak banyak pantang larang drpd takdak lansung. Eh, bukan suka takdak halangan? Bukan setiap hari awek jemput depan rumah sewa Ka? Merapu apa pulak tak suka, nak tipu aku lagi? Dia punya merayu sampai aku terus hilang rasa sayang yang tersisa. Pathetic, datang balik bila aku macam dulu, Kalau aku gemuk lagi, he won’t come back. Aku berani jamin.

Aku sedar perubahan aku ni. Aku sedar makin lama aku makin mengelakkan diri sampai tahap hati aku tak rasa apa dah. Letih barangkali, letih dengan permainan manusia. Mungkin nanti kawen ja dengan pilihan family, yang mana boleh terima bila aku gemuk ke kurus ke, dah tu ja.

Manusia, yang kurus tu lawa, yang gemuk tak. Semoga hati awak-awak yang comel, terus kuat dan tabah. Awak dah comel macam ni, Kalau awak nak sihat, diet sebab nak sihat, jangan sebab nak lawa semata-mata. Fighting! And If someone always stay no matter how you look like, never let that person go. Sumber: Mia via IIUM.

– Mia

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‎ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: Kisah Wanita

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *