Lelaki Maut Akibat DITENDANG Oleh Isteri Sendiri. Isteri Nekad Menendang Suaminya Di.. !!!

| February 28, 2017 | 0 Comments

Lelaki Maut Akibat DITENDANG Oleh Isteri Sendiri. Isteri Nekad Menendang Suaminya Di.. !!!| NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas isterinya menendang buah zakarnya pada awal pagi semalam di barat Bengaluru. Suri rumah yang cuma dikenali sebagai Rohini, berkata suaminya, Arun, 45, yang diuji positif HIV memaksanya melakukan hubungan seks. “Saya bertindak untuk mempertahankan diri, ” katanya kepada polis. Rohini ditangkap atas dakwaan membunuh.

Menurut polis, Arun tiba di rumah dalam keadaan mabuk, mengejutkan isterinya dan mahu melakukan hubungan seks. “Rohini memberitahu dia sengaja menjauhkan diri daripada Arun kerana bimbang dijangkiti penyakit itu. “Apabila dia enggan mengikut kehendak suaminya awal semalam, Arun cuba merogolnya. Apabila Rohini menendang buah zakarnya, Arun meninggal dunia serta-merta,” kata polis.

Arun dan Rohini berkahwin 15 tahun lalu, dan pasangan itu mempunyai anak perempuan berusia 13 tahun. Rohini berkata, hubungan mereka mula hambar apabila Arun didiagnos positif HIV beberapa tahun lalu. Mereka setuju untuk kekal dalam satu rumah demi kebaikan anak mereka. Bagaimanapun, penyiasat berkata anak perempuan pasangan itu melaporkan dia mendengar ibu bapanya bertengkar dan mendapati bapanya meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Rohini mendakwa tendangannya menyebabkan kematian Arun tetapi penyiasat menemui kesan kecederaan di kepala mangsa. “Buat masa ini, kami tidak dapat menyatakan punca kematian Arun atau masalah kesihatannya turut menjadi penyebab. Kami perlu menunggu laporan bedah siasat,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, MN Anucheth. – TIMES OF INDIA via BHarian

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *