Seorang Gadis 17 Tahun Sedang Seronok Mandi Sungai Bersama Ibunya. TIBA-TIBA… !!!

| February 22, 2017 | 0 Comments

Seorang Gadis 17 Tahun Sedang Seronok Mandi Sungai Bersama Ibunya. TIBA-TIBA… !!!| MIRI – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disambar seekor buaya ketika sedang mandi di sungai berdekatan dengan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi hari ini. Ketua Polis Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, mangsa Agnes Luang yang sedang menunggu keputusan SPM sedang mandi bersama ibunya di tebing sungai apabila tiba-tiba disambar seekor buaya jam 6.30 petang tadi.

“Balai Polis Marudi menerima panggilan jam 7.15 malam, pasukan operasi mencari dan menyelamatkan telah bergerak ke lokasi kejadian,” katanya dihubungi malam ini. Gabriel berkata, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Marudi, Balai Polis Long Lama dan Bomba Marudi. Sebagai rekod, jarak perjalanan dari pekan Marudi ke lokasi kejadian ialah dua jam menggunakan sungai. – Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/sabah-sarawak/remaja-disambar-buaya-ketika-mandi-sungai-1.632304

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *