KAGUM. Abang Posmen Dilihat Ditepi Lebuhraya. Apa Yang Dilakukan Olehnya Bakal Membuat Anda Terharu !!!

| March 18, 2017 | 0 Comments

KAGUM. Abang Posmen Dilihat Ditepi Lebuhraya. Apa Yang Dilakukan Olehnya Bakal Membuat Anda Terharu !!!| Bukan mudah nak mendapatkan pertolongan seseorang bila melibatkan hal kecemasan. Namun, rakyat Malaysia sebenarnya masih ada lagi yang berhati mulia apabila melihat seseorang yang memerlukan bantuan. Ramai netizen berasa tercuit hati dan dalam masa yang sama terpegun dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh dua orang ‘abang posmen’ dalam video yang sempat dirakam oleh netizen.

Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan kedua abang posmen sedang membantu menolak motor yang dinaiki pasangan suami isteri yang dipercayai rosak di tengah jalan. Kejadian itu dikatakan berlaku di lebuhraya BORR Bagan Dalam, Pulau Pinang menghala ke Perai. “Memang terbaik abang Posto kita.” “Berganding bahu membantu tolak motor yang dianiki pasangan suami isteri ke bengkel berdekatan.”

Begitulah yang ditulis melalui perkongsian tersebut. Memang comel dan mencuit hati, malah mampu memberikan nilai positif kepada mereka yang melihatnya. Para netizen tanpa henti memberikan pujian dan sokongan kepada kedua abang posmen tersebut. “Inilah baru rakyat Malaysia yang betul, sikap yang bagus.” “Baik hati punya adik posto, semoga permudahkan segala urusan mereka.”

Kesimpulannya, perkara yang baik memang amat elok disebarkan agar menjadi ikutan ramai orang. Situasi ini juga mengingatkan kita untuk tidak berkira mencurahkan bakti kepada mereka yang memerlukan. Ingat, hari ini hari mereka, mungkin kita pula yang seterusnya. Buat kedua abang posmen ini, syabas kerana membuktikan masih ramai rakyat Malaysia yang berhati mulia.

Sumber:KakiShare

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *