Mesej Christiano Ronaldo Mengenai Nasib Seorang Kanak2 Syria Yang Sangat Mendalam. Respek !!!

| March 18, 2017 | 0 Comments

Mesej Christiano Ronaldo Mengenai Nasib Seorang Kanak2 Syria Yang Sangat Mendalam. Respek !!!| Semua orang berhak untuk hidup aman damai dan menikmati kehidupan dengan gembira bersama insan yang tersayang. Namun di sesetengah tempat di dunia, terdapat peperangan yang berlaku. Peperangan ini nyata memberikan kesan yang mendalam terutamanya kanak-kanak.

Sempena genapnya 6 tahun perang saudara di Syria, bintang Barcelona Lionel Messi telah menyampai mesej mahu perang dinegara tersebut ditamatkan di laman Facebooknya. Kini bintang Real Madrid iaitu Crisitiano Ronaldo juga telah mengambil kesempatan yang sama untuk bersama-sama Messi mendesak agar perang di Syria ditamatkan dengan segera.

Jadi tukang gunting rambut. Ronaldo menyampaikan mesej yang meruntun jiwa melalui laman Instagram beliau semalam. Dalam sebuah gambar yang menyaksikan beliau bersama anaknya, Cristiano Jr. Ronaldo memegang sebuah bingkai gambar yang mempunyai wajah seorang kanak-kanak lelaki. Dalam gambar itu, kanak-kanak yang dipercayai bernama Omar itu sedang memegang lukisan beliau sendiri yang menyaksikan lakaran seorang lelaki sedang menjadi tukang gunting rambut.

“Hari ini saya mengenang kanak-kanak Syria, yang antaranya adalah lelaki bernama Omar.” “Omar bercita-cita untuk menjadi seorang tukang gunting rambut.”Walaupun mesej itu ringkas, namun ia berikan maksud yang cukup mendalam. Hal ini kerana, dek kerana perang kanak-kanak Syria seperti Omar mungkin tidak berjaya mencapai impiannya menjadi seorang tukang gunting rambut yang berjaya.

Sumber: SemuanyaBola

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: Kisah Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *