Berbasikal Tengah Malam, Terserempak Lembaga Putih.

2025-12-28

Berbasikal Tengah Malam, Terserempak Lembaga Putih.

“Jarak untuk berjumpa dengan rumah penduduk kampung pun kira-kira dalam 1km barulah boleh jumpa sebuah rumah.”


 

Kisah ini berlaku di suatu masa pada zaman dahulu di dalam tahun 1994. Sewaktu itu saya masih bersekolah di sekolah menengah,begini kisah benar dan seram saya.

Pada suatu malam saya bersama seorang sahabat baik saya bernama Nin telah berbasikal ke kedai Pak Ya yang terletak di hujung kampung. Kedai itu terletak di seberang jalan raya. Tujuan kami adalah untuk melihat surat kot-kot ada surat kami sampai.

Memandangkan waktu itu jika orang ingin menghantar surat alamat kedai yang berhampiran akan diberikan. Mungkin bagi memudahkan posmen menghantar surat memandangkan perumahan di kawasan kampung kami memang masa itu tidak di sediakan peti surat.

MELALUI JALAN KEBUN KELAPA

Kisah Seram Tanah Kampung. Batu Nisan Lama & Gangguan Selepas Galian

Dipendekkan cerita pada malam itu. Saya yang mengayuh basikal manakala kawan saya Nin hanya membonceng. Untuk pergi ke kedai Pak Ya terpaksa melalui jalan kebun kelapa dan pokok koko dikiri kanan jalan dan memang orang jarang melalui jalan itu lebih-lebih lagi di waktu tengah malam hari.

Memang sunyi keadaan di sepanjang jalan kerana tiada rumah penduduk kampung di situ. Jarak untuk berjumpa dengan rumah penduduk kampung pun kira-kira dalam 1km barulah boleh jumpa sebuah rumah.

Suasana pada waktu malam itu sungguh sepi dan sunyi. Serta jalan agak terang sedikit kerana di sinari sinaran cahaya rembulan, berbanding pada malam-malam yang lain walaupun dimasa itu basikalku tidak mempunyai lampu.

Semasa kami pergi untuk mengambil surat tiada perkara pelik yang berlaku..dan setelah sampai di kedai. Surat yang kami cari tiada di peti surat kedai. Jadi sia-sia sahajalah usaha saya mengayuh basikal waktu itu.

Dalam perjalanan balik saya dan Nin rancak berbual. Topik perbualan kami berdua pun sudah tidak ingat sebab terlalu lama peristiwa ini. Nin dibelakang saya sedang rancak bersembang dan kami pun balik melalui jalan yang sama yang kami lalui tadi. Tiba-tiba sahaja dalam samar-samar di bawah cahaya bulan ditengah jalan. Dalam jarak lebih kurang 50 meter dihadapan saya tenampak sesosok tubuh berwarna putih. Sosok tubuh itu seperti pocong jelas kelihatan tetapi mungkin kedudukannya masih jauh jadi wajah lembaga tersebut tidak kelihatan cuma nampak gelap sahaja..

Alhamdulillah mungkin Allah S.W.T memberikan saya ketenangan dimasa itu. Secara tidak semena mulut saya secara spontan membacakan surah dari Ayat Kursi dengan lancar tetapi perlahan. Saya pun gagahkan mengayuh dan saya melihat lembaga itu berganjak pergi dan masuk ke dalam kawasan kebun kelapa dikiri jalan.

ADA YANG PERNAH BERJUMPA DENGAN LEMBAGA

Mulut saya terkunci rapat lalu saya mengayuh basikal dengan lebih laju lagi tanpa memberitahu kepada Nin peristiwa itu.Didalam hati saya lebih baik beritahu Nin apabila sampai di rumah nanti. Sepanjang perjalanan kami hendak balik ke rumah, saya hanya mendiamkan diri dan saya rasakan jarak untuk sampai di rumah terlalu jauh tidak seperti kebiasaan nya.

Perasaan saya bercampur baur kerana memikirkan samaada apa yang ku lihat tadi manusia atau hantu. Terlalu banyak persoalan bermain dikepala sewaktu kejadian itu. Nin masih rancak bercerita kepadaku seperti tiada apa yang berlaku.

Berkemungkinan cuma saya seorang sahaja yang nampak mahkluk tersebut. Sampai sahaja di rumah saya melihat jam baru menunjukkkan pukul 11 malam. Selepas itu barulah saya berani menceritakan apa yang saya lihat tadi kepada Nin.

Bila difikir logik akal, kalau mahkluk itu manusia kenapa dia berada disitu di waktu tengah malam hari dan berada di dalam kebun yang semak sunyi dan kenapa seluruh pakaiannya berwarna putih..?? Atau adakah hantu pocong yang mengganggu kami sebentar tadi..???

Suara Garau Itu Minta Air. Malam Seram di Pendang Yang Masih Menghantui Aku.

Untuk pengetahuan pembaca semua,. jalan yang kami lalui tadi adalah sepanjang 1km dan akan terjumpa simpang 3.Di simpang 3 itu akan ada sebuah tembok dan ada orang bercerita mereka pernah terjumpa lembaga sedang mencangkung diatas tembok pada waktu senja ataupun malam hari,..

Alhamdulillah selepas daripada itu kami sudah jadi lali.Biasalah budak nakal tak kan pernah serik selalu keluar rumah pada waktu lewat malam…

Bila Bomoh Ilmu Hitam Mati, Jenazahnya Buat Orang Kampung Trauma.

Artikel Lain