Kelibat Orang Tua di Hospital Sultanah Bahiyah | KISAHBENARKU : Kelibat Orang Tua di Hospital Sultanah Bahiyah : Hospital ini dibina di atas sebuah tanah sawah padi (bendang) dan dikelilingi oleh beberapa buah taman perumahan. Mengikut cerita yang penulis dengar dari bualan mulut orang setempat, tapak pembinaan hospital ini telah meragut banyak nyawa pekerja kontrak yang membina hospital tersebut.
Pada penghujung tahun 2010 dalam bulan Oktober, sebahagian bandaraya Alor Setar telah ditenggelami air bah yang teruk. Jalan-jalan sekitar Alor Setar telah ditutup dan melumpuhkan derapan kaki majoriti penduduknya untuk bergerak ke sana sini. Dijadikan ceritanya pula, seorang makcik telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan dua buah kereta. Kemalangan tersebut telah menyebabkan ibu terpaksa ditahan di wad HSB.
Kronologi Sejak Penampakan ‘Kelibat’
Setibanya di HSB, makcik itu dibawa ke bilik X-ray untuk pemeriksaan tangannya. Makcik mengadu bahawa tangannya begitu sakit dan terdapat kesan lebam kebiruan di pergelangan tangan. Hasil imbasan X-ray, doktor mendapati bahawa pergelangan tangan makcik telah patah akibat hentakan kuat di papan pemuka (dashboard) kereta. Ibu perlu ditahan di wad selama satu malam untuk urusan menyimen dan pemantauan doktor terhadap tangannya. Setelah segalanya selesai, makcik dibawa ke tingkat 5 dan di tahan di Wad 5A.
Masuk sahaja ke dalam wad tersebut, penulis dapat melihat pelbagai ragam manusia. Boleh dikatakan semua pesakit dalam wad tersebut mengalami patah-patah di bahagian anggota badan mereka. Di satu sudut, terpandang seorang perempuan berbangsa Cina yang agak berusia sedang berdiri melihat orang ramai yang mundar-mandir dalam wad berkenaan. Kelihatan kesuraman diwajahnya. Tanggannya juga dibalut tetapi pipinya ada kesan luka yang agak dalam. Kami membiarkan sahaja perempuan Cina itu melayan perasaan.
Bau-bauan yang Mendatangkan Perasaan Tidak Menyenangkan
Beberapa ketika semacam bau seperti bauan colok yang digunakan oleh penganut agama Buddha untuk bersembahyang menusuk ke hidung Penulis. Dengan agak celupar penulis bertanya kepada ibu, “Ibu bau tak apa yang adik bau ni? Bau macam asap Cina dok semayang tu”. Ibu menjawab, “Mulut tu jaga sama Dik, hang jangan dok merepek sangat! Bau ubat yang Doktor cuci luka kat mulut ibu ni ada la”. Dia nekad pulang ke rumah kerana bauan colok itu langsung tidak menyedapkan hati.
Pada sebelah malamnya, tiba giliran Penulis pula menggantikan Mak Teh yang penat setelah seharian menjaga Ibu dari pagi. Penulis perlu menjaga Ibu kerana Penulis sahaja yang tinggal dengan Ibu pada masa itu. Ayah kerja di luar kawasan dan abang Penulis pula sedang belajar di. Pada pukul 9 malam, Penulis meminta izin dari Ibu untuk turun mencari sedikit kudapan di mini mart yang terdapat di sebelah kafeteria hospital.
Langkah Penulis ke muka lif terhenti seketika apabila bauan pagi tadi kembali dihembus ke hidung Penulis. Ketika ini Penulis seorang sahaja yang menunggu lif. Debar dan resah dalam dada ini hanya Allah sahaja yang tahu. Penulis cepat-cepat menekan butang turun beberapa kali supaya lif menguakkan mulut besinya itu dengan serta-merta. Semasa pintu lif terbuka, terdapat beberapa orang nurse didalamnya. Jadi hilang sedikit perasaan cuak itu.
Setelah sampai di bawah, Penulis cepat-cepat membeli dua bungkus roti Delicia, setin air Nescafe, dan sekotak air soya seperti yang dipesan Ibu. Perjalanan Penulis naik semula ke wad tidak begitu cantik. Kali ini Penulis terpaksa menggunakan tangga kerana lif yang ditunggu lebih kurang 10 minit tidak sampai-sampai. Langkah kaki ini seakan mengikut rentak jantung. Semakin pantas jantung Penulis berdetak semakin laju langkah kaki ini.
Suara Orang Menangis Tapi Diselangi Dengan Ketawa
Penulis masih ingat, sesampainya di Tingkat 5, Penulis terdengar suara seorang wanita seperti sedang menangis dan diselang-selikan dengan tawa yang berkekek panjang. Suara itu semakin lama semakin sayup dan terus hilang. Ayat Qursi yang sudah melekat dikepala.
Setibanya di wad, Penulis tidak menuju terus ke katil Ibu, Penulis masih ingat pesan Tok Wan. “Bila hang kena kacau dengan benda tu, hang jangan balik rumah terus, hang pi bilik ayaq kat mana-mana kedai minyak dulu, biaq dia dok dalam tu”. Lebih kurang macam tu la pesan Tok Wan kepada Penulis. Nasib Penulis agak baik kerana entiti tersebut tidak menampakkan diri dia dalam tandas. Mungkin tawa hilai tadi tu cuma salam perkenalan antara Penulis dengan penghuni di situ. Ibu dibenarkan pulang setelah satu malam ditahan di wad berkenaan.
Gangguan Oleh ‘Penghuni’ Di Hospital Tersebut
Sebelum pulang, Penulis sempat bertanya kepada nurse tentang perempuan Cina tua itu. Nurse mengatakan bahawa tiada pesakit perempuan Cina yang diadmit di wad. Masa ini baru penulis sedar yang perempuan tua itu bukan manusia seperti kita. Semasa urusan discharged Ibu dekat kaunter pejabat di bawah, Penulis terpandang lagi sosok Cina tua itu. Kali ini wajahnya agak berseri dan luka dipipinya juga telah hilang. Mungkin ada sesuatu khabar gembira yang diterimanya?