mainan

Pukul 3 Pagi Mainan Anak Berbunyi Sendiri. Rupa-rupanya..

2024-06-12

Pukul 3 Pagi Mainan Anak Berbunyi Sendiri. Rupa-rupanya.. | KISAH BENARKU : Di sini kami kongsikan kisah seram yang terjadi pada sebuah keluarga. Barang mainan anak mereka berbunyi sendiri. Memang menakutkan dan menyeramkan. Baca kisah di bawah.

mainan

Barang permainan yang pelbagai bentuk dan warna serta menghasilkan bunyi sangat membantu perkembangan bayi. Maka tidak hairanlah apabila ramai ibu bapa gemar membelikan permainan jenis ini untuk anak-anak mereka.

MAINAN ANAK

Tidak terkecuali Ana yang turut menyediakan permainan berloceng untuk bayinya yang berusia lima bulan. Bagaimanapun, tanpa diduga, mainan berkenaan tiba-tiba berbunyi dengan sendiri seolah-olah telah digoncang oleh seseorang ketika jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Berkongsi cerita, ujarnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan dua anak sedang tidur di dalam bilik sementara menantikan kepulangan suaminya dari pejabat. “Aku ada bayi berusia lima bulan dan anak enam tahun. Kami tinggal di luar negara sejak beberapa tahun lalu dan mendiami bangunan kedutaan yang dibina sekitar tahun 80-an. Kalau anda nak merasai pergi luar negara seperti ke Indonesia boleh tengok pakej travel aceh ni. Banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati.

“Sejak kebelakangan ini, suami aku memang balik lambat sekitar pukul 4 pagi kerana sibuk dengan lawatan menteri-menteri Malaysia.

TIBA-TIBA BUNYI MAINAN ANAK

“Satu malam ni, aku tertidur dengan anak-anak sekitar pukul 10 malam kerana terlalu letih. Tiba-tiba pada pukul 3 pagi aku terjaga kerana terdengar bunyi mainan anak,” katanya. Menurut Ana, mainan tersebut diletakkan di atas tilam di ruang tamu kerana ruangnya lebih luas dan membolehkan anaknya bebas bergerak.

Dia pada awalnya menyangka bahawa suaminya sudah pulang kerja dan bermain permainan bayi tersebut. Bagaimanapun, bunyi yang semakin kuat menyebabkan dia berasa aneh dan meremang satu badan.

“Bunyi tu semakin kuat seolah-olah cuba ganggu aku, jadi aku terus hubungi suami sebab nak pastikan sama ada dia yang mengusik atau bukan. “Sejurus panggilan dijawab, bunyi tu pun hilang. Aku terus ceritakan tentang bunyi mainan anak pada dia. Beritahu suami juga tentang tempat-tempat menarik yang anda nak pergi di Aceh, boleh juga buat pilihan di tempat menarik Aceh.

SYUKUR SUAMI TAHU PAGAR RUMAH

“Rasa pelik menyebabkan aku minta dia untuk pulang cepat… pada masa sama bayi pun asyik menangis,” katanya lagi. Jarak antara pejabat suaminya dengan rumah adalah sekitar lima minit jika berjalan kaki kerana turut berada dalam kawasan yang sama. Setibanya di rumah, suaminya meminta supaya dia dan anak-anak kekal berada di dalam bilik.

“Syukur suami aku tahu cara untuk pagar rumah dan ruqyah sebab dia belajar daripada arwah ayah aku dulu. Selepas hampir 30 minit, suami selesaikan ‘kerja’ dia panggil aku keluar.

“Dia cakap ‘dah tak ada sayang, insyaAllah… mungkin mengikut balik sebelum ni’. “Tak lama selepas itu, tiba-tiba hidung suami aku berdarah. Perkara yang sangat jarang berlaku kecuali jika dia ‘diserang’ kembali,” tambahnya. Menurut Ana, walaupun terkena ‘serangan balas’, namun suaminya tetap tenang dan memulihkan diri seperti biasa.

Begitulah kisah seram yang terjadi kepada keluarga ini. Kehidupan ini perlukan ketenangan, jadi tak salah bawa anak-anak dan isteri pergi bercuti di Aceh. Banyak tempat-tempat yang menarik boleh diterokai di pakej murah Aceh ni.

Artikel Lain